Monday 29 May 2017

Ketahui Teknik 'Side Parking' Yang Sebenar


Assalamualaikum dan Selamat Pagi !

Ketahui Teknik 'Side Parking' Yang Sebenar




Masih tidak cekap melakukan 'side parking’? Jika bukan anda orangnya, mungkin anda pernah lihat keadaan seperti ini di mana pemandu mengambil masa yang sangat lama dan telah menyebabkan banyak kereta terpaksa menunggunya sebelum berjaya meletakkkan kereta dengan keadaan yang sempurna ke dalam petak letak kereta. Nak tahu tak teknik 'side parking' yang sebenarnya? Jom..terus baca ya.


Teknik : masukkan kereta anda secara mengundur.


Jikalau anda masih ingat ketika ambil lesen dulu pun kita sebenarnya telah diajar tentang langkah-langkah masuk side parking ni kan.. Siapa masih ingat langkah-langkah tersebut? Okay, teknik mudah untuk parking dengan cepat dan tidak membuat kereta lain tunggu lama di belakang anda adalah masukkan kereta anda secara mengundur ketika meletakkan kereta di tempat letak kereta sejajar atau lebih dikenali sebagai 'side parking'. Apa bezanya masuk parking secara normal dan gostan ini? Haa... ada bezanya! 


Secara umumnya, kawalan sesebuah kereta itu adalah pada tayar hadapan dan tayar belakang hanya boleh bergerak lurus sahaja. Stereng dan tayar hadapan merupakan elemen pandu arah yang menentukan gerakan serta arah tuju sesebuah kereta itu. Jadi, kita sebenarnya boleh kawal bahagian depan kereta kita setelah kita berjaya meletakkan kedudukan tayar belakang dengan tepat ke dalam petak parking. Sebab tu penting untuk masukkan kereta secara gostan dan masukkan tayar belakang kereta terlebih dahulu.

Hal ini berbeza jika anda memasukkan tayar hadapan dahulu, kerana tugas tayar belakang hanya untuk mengikut arah tayar depan. Ia tidak dapat dikawal dan ia hanya mengikut. Keadaan ini sebenarnya mungkin memerlukan sekurang-kurangnya dua petak parking untuk membolehkan tayar belakang anda berada di dalam petak parking dengan betul.

Kesimpulannya, selepas ni sekiranya anda ingin membuat 'side parking', ingatlah bahawa anda haruslah memasukkan tayar belakang terlebih dahulu, diikuti dengan tayar hadapan. 


Sumber : Kenapa-perlu-undur-kereta-kalau-nak-masuk-side-parking






Kereta Sewa Puchong Utama

Hubungi : 019-748 5252
Tempahan: www.klezcar.com  | 1300-88-4040 (24 jam) 










No comments:

Post a Comment