Monday 5 June 2017

Kereta anda lembab? Cuba Semak 5 Perkara Ini


Asssalamualaikum..Selamat Petang !





Kereta anda lembab? Tekan minyak sampai habis pun masih slow,,??

Ha,, itu tandanya kereta anda tak ada pick up !



Nak tahu tak punca-punca kereta anda jadi lembab?




Meh sini nak share >>>>

1) Tekanan udara tayar rendah

2) Minyak petrol digunakan tidak sesuai dengan enjin.

3) Minyak hitam terlalu banyak atu terlalu kurang

4) Spark plug sudah lama atau masalah plug cable

5) Air Filter kotor dan menyebabkan bekalan udara untuk enjin kurang.




Jom semak 5 perkara ini, mana tahu lepas ni kereta laju macam kereta-kereta dalam litar F1 ! :D

Gurau jer, terima kasih semua...




Dari kami :
Kereta Sewa Puchong Utama 
019-748 5252





Tempahan www.klezcar.com | 1300-88-4040 (24 jam) 

Monday 29 May 2017

Ketahui Teknik 'Side Parking' Yang Sebenar


Assalamualaikum dan Selamat Pagi !

Ketahui Teknik 'Side Parking' Yang Sebenar




Masih tidak cekap melakukan 'side parking’? Jika bukan anda orangnya, mungkin anda pernah lihat keadaan seperti ini di mana pemandu mengambil masa yang sangat lama dan telah menyebabkan banyak kereta terpaksa menunggunya sebelum berjaya meletakkkan kereta dengan keadaan yang sempurna ke dalam petak letak kereta. Nak tahu tak teknik 'side parking' yang sebenarnya? Jom..terus baca ya.


Teknik : masukkan kereta anda secara mengundur.


Jikalau anda masih ingat ketika ambil lesen dulu pun kita sebenarnya telah diajar tentang langkah-langkah masuk side parking ni kan.. Siapa masih ingat langkah-langkah tersebut? Okay, teknik mudah untuk parking dengan cepat dan tidak membuat kereta lain tunggu lama di belakang anda adalah masukkan kereta anda secara mengundur ketika meletakkan kereta di tempat letak kereta sejajar atau lebih dikenali sebagai 'side parking'. Apa bezanya masuk parking secara normal dan gostan ini? Haa... ada bezanya! 


Secara umumnya, kawalan sesebuah kereta itu adalah pada tayar hadapan dan tayar belakang hanya boleh bergerak lurus sahaja. Stereng dan tayar hadapan merupakan elemen pandu arah yang menentukan gerakan serta arah tuju sesebuah kereta itu. Jadi, kita sebenarnya boleh kawal bahagian depan kereta kita setelah kita berjaya meletakkan kedudukan tayar belakang dengan tepat ke dalam petak parking. Sebab tu penting untuk masukkan kereta secara gostan dan masukkan tayar belakang kereta terlebih dahulu.

Hal ini berbeza jika anda memasukkan tayar hadapan dahulu, kerana tugas tayar belakang hanya untuk mengikut arah tayar depan. Ia tidak dapat dikawal dan ia hanya mengikut. Keadaan ini sebenarnya mungkin memerlukan sekurang-kurangnya dua petak parking untuk membolehkan tayar belakang anda berada di dalam petak parking dengan betul.

Kesimpulannya, selepas ni sekiranya anda ingin membuat 'side parking', ingatlah bahawa anda haruslah memasukkan tayar belakang terlebih dahulu, diikuti dengan tayar hadapan. 


Sumber : Kenapa-perlu-undur-kereta-kalau-nak-masuk-side-parking






Kereta Sewa Puchong Utama

Hubungi : 019-748 5252
Tempahan: www.klezcar.com  | 1300-88-4040 (24 jam) 










Monday 15 May 2017

Semak & Tebus Klezpoint Anda Sekarang!


Assalamualaikum.. Selamat Petang.. !

Semak & Tebus Klezpoint Anda Sekarang


Pernahkah anda menyewa dengan Klezcar? 
Jom semak jumlah Klezpoint anda di link ini sekarang ! 





Anda layak menebus point terkumpul anda untuk sewaan Myvi 1.3 (A) ~ 1 hari jika point terkumpul anda mencecah 650 point. Hanya perlu tambah RM 65.
.
atau bagi point terkumpul sebanyak 400 point. Hanya perlu tambah RM 90 sahaja. Jimat kan?

.
.
Jangan lepaskan peluang untuk menyewa dengan Klezcar- Kereta Sewa Puchong Utama ! Jimat Sangat!!!!




Tempah Sekarang di www.klezcar.com

atau hubungi 019-7485252 ** 019-7485252 ** 019-7485252

Sebarang pertanyaan lanjut hubungi Hotline Klezcar 1 300-88-4040 (24 jam)



Monday 8 May 2017

5 Tips Untuk Lebih Jimatkan Perbelanjaan Petrol Kereta

Assalammualaikum dan Selamat Petang !

Tips Untuk Lebih Jimatkan Perbelanjaan Petrol Kereta


Tahukah anda sebagai pengguna kereta yang digerakkan dengan bantuan minyak petrol, kita sebenarnya boleh banyak berjimat dari segi perbelanjaan minyak petrol ini. Ingin tahu lebih lanjut?? Jom baca 5 tips untuk lebih jimatkan perbelanjaan petrol kereta berikut:

1. Isi petrol ketika kereta anda dalam keadaan suhu sejuk 
Mengapa? Secara teknikalnya lebih banyak petrol dapat dimampatkan sekiranya anda mengisi petrol di pagi hari yang sejuk berbanding waktu tengahari  Pada waktu begini, petrol adalah lebih padat kerana hanya jumlah isipadu bahan bakar yag akan diukur bukan ketumpatannya.
2. Pastikan tekanan tayar kereta berada pada tekanan yang sesuai 
Keadaan tayar yang kurang angin akan memberi kesan kepada pengurangan kecekapan bahan bakar. Seterusnya akan memberi kesan penggunaan petrol yang lebih dari biasa. Jadi sentiasa pastikan tekanan tayar dalam keadaan baik bagi menjimatkan perbelanjaan petrol anda.
3. Pandu dengan had laju optima secara konsisten
Anda digalakkan memadu dengan kelajuan optima 90-100 km/jam. Hal ini kerana, kenderaan yang dipandu pada kelajuan 110km/jam akan menggunakan 20% lebih petrol. Pemanduan juga perlulah secara konsisten, sekiranya tidak, ia masih tidak efektif.
4. Kurangkan bebanan pada kereta anda
Bagi menambah kecekapan bahan bakar serta mengoptimumkan perbelanjaan petrol anda, elak dari menjadikan ruangan 'boot' kereta sebagai tempat menyimpan barang. Lebih terbeban kereta anda maka akan semakin berkurang aerodinamik kereta tersebut. 
5. Elak dari membiarkan kereta anda dalam keadaan idle 
Kereta dalam keadaam idle akan menyebabkan pengunaan petrol yang banyak . Jadi, tips untuk anda, memanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan tidak perlu lebih dari 30 saat kerana ia tidak membantu apa-apa malahan membuang masa anda serta petrol kenderaan anda.

Itu dia 5 tips untuk lebih jimat perbelanjaan petrol kereta dari kami Kereta Sewa Puchong Utama. 
Semoga bermanfaat.

( Sumber: PanduanPercuma.Info )

***

Kereta Sewa Puchong Utama
019-748 5252
www.klezcar.com |  1300-88-4040 [24 jam]

Tuesday 18 April 2017

Cara Semak Harga Kereta Sewa

Assalamualaikum...

Selalu juga pihak Klezcar Kereta Sewa Puchong Utama terima soalan sebegini:
  MPV ni sehari berapa ye?
  Myvi kalau sewa seminggu berapa rate?
  Sewa setengah hari boleh? Berapa harga?
dan macam-macam lagi....

Kami pastinya sedaya upaya menjawab pertanyaan pelanggan kami. Tapi adakalanya anda kena bersabar, kadang-kadang tu ada perkara lain yang perlu kami utamakan dan selesaikan terlebih dahulu. TAPI.. ada satu cara untuk tidak membuat anda menunggu lama lagi. 

Ingin tahu bagaimana??? Website kami ada fungsi khas untuk pelanggan-pelanggan yang ingin menyewa dan ingin tahu lebih lanjut berkenaan rate sewaan. Jadi, jom klik http://klezcar.com/reservations.php supaya anda dapat terus jawapan-jawapan kepada soalan-soalan di awal tadi. Mudah kan? Tak sampai seminit pun dah boleh dapat jawapan. 

So, tunggu apa lagi? Semak & tempah sekarang ! Kenderaan terhad terutama musim cuti sekolah atau cuti-cuti umum. Nanti berebut pula~ 


***
Kereta Sewa Puchong Utama
019-7485252

Tempahan | www.klezcar.com | 1300-88-4040

Monday 10 April 2017

Aktiviti Futsal Team Klezcar Selangor di KSL, Puchong

Assalamualaikum semua..




Pada minggu lalu,team Futsal Klezcar Selangor telah mengadakan aktiviti bermain futsal di Pusat Sukan KSL, Puchong. Orang-orang Puchong mesti pernah dengar KSL kan? Ada lagi ke yang tak tahu? Baiklah, meh nak habaq.. Pusat Sukan KSL ini terletak berhampiran jugalah dengan ofis kereta sewa kami iaitu Klezcar cawangan Puchong Utama. Macam-macam boleh dilakukan di sini, main badminton, futsal dan lain-lain lagi.

Lokasi Maps KSL : https://goo.gl/maps/bWRxmj1eGJ22
Lokasi Maps Klezcar Puchong Utama: https://goo.gl/maps/FmfsmHBQ3AP2


Aktiviti ini telah bermula pada jam 11 malam dan tamat pada jam 1 pagi. Melalui aktiviti riadah yang dilakukan ini, dapat juga staf-staf Klezcar mengeluarkan peluh mereka hasil dari bersukan setelah seharian menjalankan tanggungjawab dengan bekerja. Barulah hidup akan lebih sihat betul tak? 

Diharapkan lebih banyak lagi aktiviti dapat dijalankan selepas ini dan kami juga berharap untuk berpeluang bersama-sama dengan lebih ramai pihak bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita. InshaaAllah..


***


Kereta Sewa Puchong Utama
013-748 5252


Tempahan | www.klezcar.com
Pertanyaan | 1300-88-4040 (24 jam) 





Monday 3 April 2017

5 Panduan Menggunakan Kereta Yang Disewa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dalam hidup ini pastinya ada risiko tidak kiralah apa jua sekalipun yang kita lakukan. Begitu juga bagi pengusaha kereta sewa seperti kami adakalanya kereta untuk disewakan mengalami kerosakan, terlibat dalam kemalangan, dicuri dan lain-lain dan ia boleh menyebabkan 'income' kami terjejas tapi itulah risiko yang harus kami hadapi. Mungkin ada penyewa baru yang belum tahu bahawa seandainya terjadi hal-hal sepeti di atas, termasuk juga kes saman semua itu adalah menjadi tanggungan sepenuhnya penyewa yang menyewa pada ketika itu. Di sini kami senaraikan juga 5 panduan apabila anda menggunakan kereta sewa.


5 Panduan Menggunakan Kereta Yang Disewa


1) A
nggap seperti kereta sendiri:
Sebagai penyewa anggaplah kenderaan yang anda sewa itu sebagai kenderaan anda sendiri. Jagalah ia sehingga tidak terbit satu calar pun.

2) Pulangkan kereta mengikut masa yang ditetapkan:
Pulangkan kenderaan anda mengikut perjanjian sewaan yang anda buat. Kami di Klezcar menggunakan method tempahan bersistem. Sekiranya anda lewat pulangkan kenderaan, anda akan dicas mengikut jam. Kelewatan itu juga mungkin akan menganggu jadual penyewa seterusnya. Jadi, cuba tanam sikap bertimbang rasa dan beritahu kami secepat mungkin jika anda memerlukan lanjutan tempoh sewaan.

3) Hak anda sebagai penyewa:
Ketika anda menerima kenderaan, penting untuk anda menyemak keadaan keseluruhan kenderaan yang bakal anda sewa itu. Anda berhak untuk meminta kenderaan ditukar sekiranya anda tidak yakin dengan kenderaan yang bakal disewa (jika ada kenderaan lain). Klezcar mempunyai keunikan di mana anda layak menerima jaminan pulangan wang sekiranya kereta dalam keadaan kotor dan tidak wangi serta tidak well-balanced. 

4) Baki minyak semasa ambil & pulang: 
Pastikan baki minyak petrol semasa anda pulangkan kereta tersebut adalah sama dengan semasa anda menerimanya. Hal ini bagi memastikan kereta itu sekurang-kurangnya dapat pergi ke stesen minyak terdekat. Jangan lah sampai anda pulangkan kereta yang minyak petrolnya hanya pada paras merah.

5) Saman dan kesalahan trafik:
Sentiasalah patuhi had laju yang ditetapkan dan cuba elakkan dari disaman. Seandainya anda terlibat dalam apa-apa kesalahan, tidak mustahil untuk butiran diri anda di senarai dalam 'blacklist' penyewa. Jadi anda mungkin tidak akan dapat lagi menyewa dengan mana-mana pengusaha kereta sewa pun.

Terima Kasih, itu sahaja yang sempat kami kongsikan untuk kali ini. Selamat Menyewa ~


Kereta Sewa Puchong Utama
019-748 5252
Tempahan | www.klezcar.com
Hotline (24 jam) | 1300-88-4040

Tuesday 21 March 2017

5 Tips Penjagaan Cermin Hadapan Kereta


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setiap kali membaca tentang tips pemanduan waktu hujan, tips pemanduan selamat dan tips pemanduan waktu malam, mesti ada disentuh tentang keadaan cermin hadapan iaitu mestilah dalam keadaan yang baik. Tidak dapat dinafikan penjagaan cermin amat penting kerana cermin yang bersih bukan hanya akan membuat kereta anda kelihatan cantik tetapi memberi pemanduan yang lebih selamat apabila pandangan anda menjadi lebih jelas.

Ingin tahu tips penjagaan cermin hadapan kereta? Jom baca selanjutnya..

5 Tips Penjagaan Cermin Hadapan Kereta

Letakkan kenderaan anda di tempat yang teduh. Elakkan meletak kenderaan di bawah matahari terutama untuk jangkamasa yang lama. Dengan keadaan suhu yang tinggi, ia boleh memendekkan jangka hayat cermin. Lapisan pelindung cermin akan mudah rosak dan sekiranya terdapat mana-mana keretakan, ia akan merebak. 

Bersihkan cermin dan pengilap cermin (wiper) dari pasir-pasir halus. Kebanyakan cermin menjadi calar disebabkan terdapatnya partikel-partikel berikut pada cermin. Kemudian, anda pula hidupkan pengilap cermin dan ia menyeret pasir-pasir halus tersebut. Rajinkan diri untuk membersihkannya bagi memelihara permukaan cermin kenderaan anda. 

Ada juga situasi di mana pasir dan batu-batu kecil dari lori terkena pada cermin kereta anda lalu menyebabkan ia retak. Cermin yang retak mestilah diperbaiki dengan segera. Jangan dibiarkan lama kerana ia boleh membawa kesan bahaya sekiranya tidak mampu melawan tekanan angin. Cermin boleh pecah pada waktu yang tidak dijangka. 

Elakkan meletak kenderaan anda berdekatan kedai makan kerana minyak-minyak akan mudah melekat pada cermin kereta anda. Cermin akan menjadi cepat kotor dan sukar untuk dibersihkan.

Akhir sekali, apabila mencuci cermin kereta elakkan penggunaan produk yang mengandungi Ammonia. Kandungan Ammonia pada cecair pencuci cermin ini sangat bahaya jika terhidu dan boleh memberi kesan kepada kerosakkan Tint.

Sumber : Facebook
*****

 
Kereta Sewa Untuk Anda

Cawangan : Puchong Utama
Whatsapp/SMS : 019-7485252
Tempahan online : www.klezcar.com

Hubungi : 1300-88-4040 (24 Jam)



Monday 27 February 2017

Terima Kasih VITDAILY Menyewa Kereta Dengan KLEZCAR

Terima kasih VITDAILY kerana sudi guna servis kami di Klezcar Bayan Lepas sewaktu terjah Penang.

Boleh terjah www.klezcar.com untuk tempah kereta sewa seluruh Malaysia!


Terima kasih sudi singgah ke blog kami. Untuk tempahan kereta sewa, tempahan boleh dibuat secara ONLINE. Hanya perlu layari laman web www.klezcar.com dan tempah !

Talian Hotline 1300-88-4040 kami sentiasa bersedia membantu anda 24 jam 365 hari.
Office        : 019-748 5252 ( 9am - 10pm)
Hotline      : 1300-88-4040 ( 24 hours)
Email        : sales@klezcar.com
Web          : www.keretasewaklez.blogspot.com
Facebook  : Facebook Page Kami : Click here
Alamat      : 
 69 B, Jalan PU 7/4, Puchong Utama 47100 Puchong, Selangor

Wednesday 22 February 2017

Kereta Sewa Puchong Utama

Kereta Sewa Puchong Utama


Klezcar Puchong Utama sudah beroperasi di tempat baru hampir 7 bulan bermula 30 Julai 2016. Alamat seperti di bawah:

Alamat baru: 69 B, Jalan PU 7/4,
Puchong Utama 47100

Landmark: Atas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN Puchong Utama) bersebelahan restoran mamak Al-Farhan. Area Aeon Big Puchong Utama.






Hubungi 019-7485252 untuk maklumat lanjut. 

Terima Kasih

TIPS MEMANDU PADA WAKTU MALAM



Assalamualaikum..

Memandu kenderaan pada waktu siang dan memandu kenderaan pada waktu malam mempunyai situasi yang berbeza. Perhatian dan konsentrasi yang lebih sangat diperlukan jika anda ingin memandu dalam keadaan pandangan sekeliling yang gelap.


Di bawah ini kami kongsikan 6 tips keselamatan untuk anda yang memandu pada waktu malam.
Jom Baca!


Sumber dari http://bit.ly/2ke9l9H

Haa.. dah faham? Ingat ya, memandu lah dengan cara selamat !
Jika lampu kenderaan anda bermasalah, jangan memandu pada waktu malam.

Sekiranya masih mahu meneruskan pejalanan, anda boleh sewa kereta dengan kami. Kereta-kereta kami bersedia menemani perjalanan anda!


Tempahan

Pertanyaan
Hotline 1300-88-4040 (24jam)